Assalamualaikum wbt dan hai!
Jam sekarang menunjukkan pukul 1.29am dan kami sekeluarga masih berjaga ya. Alhamdulillah kalau ikutkan waktu maghrib ni dah pun masuk 1 Ramadan 1440H. Tahun ni, 2019 bulan Ramadan semakin menganjak awal dan Aqis perasan Januari 2019, pakaian raya dah mula dipasarkan. Haha ini yang Aqis fikir ye.
Tahun ni ialah Ramadan ketiga Aqis sambut dengan keluarga baru, means bersama suami dan keluarga baharu sebelah suami.
Ramadan pertama Aqis tak dapat berpuasa sebab sedang berpantang.
Ramadan kedua, alhamdulillah itulah Ramadan pertama masak serta berbuka puasa dan bersahur bersama suami terchenta. Time tu Yusuf baru 1 tahun 2 bulan tak silap.
Ramadan ketiga is coming in shaa Allah. Dan kalini tambah lagi ahli baru, Iman Haura ♥
Sejujurnya, berdebar juga untuk Ramadan tahun ni sebab ada Haura. Tidaklah rasa beban tapi macam mana feeling jaga suami, Yusuf dan Haura. Hopefully Allah akan permudahkan semua urusan dan kita semua baik-baik sahaja ya.
Baju raya, persiapan raya?
Haha tu idok la kami fikirkan sangat. Sesimple yang mungkin je tahun ni sebab ada lagi komitmen lain yang kami perlu fikirkan.
Oh ya, Aqis nak kongsikan tempat yang kami selalu beli kuih dan kerepek raya. Since sebelum kahwin lagi Aqis dan family ke sana kalau nak cari kuih/kerepek/jajan. Sebab murah dan rasa pun sedap. Memang berbaloi! Later Aqis share untuk next post ya.
By the way, jangan lupa niat puasa ya.
Nah Aqis sharekan:
Ramadan Kareem everyone!
As well, kalau nak cari tudung raya boleh shopping di @imaanbalqis.
Aqis sangat sedia membantu awak dalam urusan memilih tudung untuk matching dengan baju raya ♥
Salam dan moga bertemu lagi.
Love,
Aqis ♥
No comments:
Post a Comment