Friday, October 30, 2020

Tulang ikan tersekat!

 Assalamualaikum wbt blog.

Tempoh hari baru je pergi klinik sebab buang air tak selesa kan? Seminggu lebih kemudian mai balik sebab terselit tulang ikan!

Al kisahnya satu hari ni Aqis masak cencaru masak sambal. Masa dah siap masak dan nak angkat ikan dalam pinggan, Aqis nampak la ada tulang yang tercabut dari ikan tu. So, biar jelah kan.

Dah hidang semua dalam talam, bagitau siap-siap kat suami supaya hati-hati makan. Ada tulang kat sambal tu. Sekali, baru makan 2 3 suap, ALAMAK! TULANG DAH MASUK KERONGKONG AQIS!

Haha berlari terus ke sinki dan try untuk keluarkan secara berdehem. Tak boleh gak. Masuk bilik air pulak. Haa amik kau. Termuntah terus! Habis makanan semua keluar balik. Kobis kuuuu. Keluar semua sampai dah takde makanan nak luah balik lah. Keluar air mata Aqis. Masa mengandung anak3 pun Aqis tak pernah muntah tau. Nak dijadikan cerita, Allah izinkan muntah pada hari tu.

Kesian suami kena makan sendiri. Sambil dengar kita uwek uwek dalam bilik air. Sorry papa...

Then Aqis rasa tulang tu naik ke atas tau. Bila suluh, memang nampak. Tersekat kat tepi lelangit. Sebelah je dengan apa nama yang tengah dalam mulut tu. Haa kat situ. Kepal nasi dan telan tak jalan. Try cungkil keluar, tak berani. Sampai suami annoys la waktu tu haha. Sorry lagi papa...

Last, minta izin nak pi klinik. Sementara masih buka ni kan. Pukul 4pm tau waktu tu. Alhamdulillah, sekejap giler proses nak keluarkan. Patient pun Aqis sorang je waktu sampai tu. MA keluarkan senang sangat! Tak rasa apa. Beliau guna ada tool nama crocodile apa tah (boleh google), dan spatula untuk tahan lidah Aqis dari buat tindakan reflek. Gigil tau tangan lepas muntah kat rumah tu. Lega sangat, terus call suami dah settle. Balik pun dalam keadaan happy! Hehe

Thank you everyone!

Sunday, October 25, 2020

Kencing tak lawas? Jumpa doktor segera

Assalamualaikum blog.
Sihat tak tu?

Aqis nak share, hampir 2 minggu yang lepas, Aqis rasa kurang selesa untuk buang air kecil. Tak pasti samada kencing tak lawas atau apa. Seminggu lepas experienced, Aqis decided untuk gi check up di klinik.

Aqis pun ke Klinik Kuang. Jumpa pula doktor yang rawat Aqis tu Arshia! Sahabat satu sekolah dulu :) Bagus Arshia ni. Yakin dan tangkas selesaikan problem Aqis. Sambil menulis pun boleh lagi sembang tau. So Dr Arshia minta Aqis gi makmal untuk ambil sample urin. Turns up, ada bakteria di saluran buang air kecil tu. Aqis risau sebenarnya. So Aqis pun tanya Arshia samada normal ke apa yang Aqis alami ni.

Arshia kata yes normal. Lagi-lagi ibu mengandung. Ada beberapa info yang Arshia maklum such as, bakteria masuk dari bawah, saluran kencing kecil. Dan beliau suggest Aqis untuk makan ubat antibiotik. Nama ubat tu Cephalexin 250mg. Aqis kena habiskan untuk tempoh 1 minggu. Kalau still sama selepas tempoh tu, datang semula ke klinik. Ubat daripada klinik kerajaan tau.

Alhamdulillah, Aqis baru je habiskan kesemua ubat tu pagi ni. Keadaan semakin baik. Takde dah rasa sakit. Alhamdulillah. Aqis nak pantau lagi sehari dua ni, lepastu nak update ke Dr Arshia.

Kalau kalian alami simptom macam Aqis ni, segeralah ke klinik ya. Aqis dan suami ada baca Google dan sebagainya untuk detect sakit ni. Tapi in the end, kena juga pastikan dengan ahli yang lebih berilmu (doktor).

Semoga kita semua terhindar daripada sebarang penyakit, lebih-lebih lagi Covid-19. Amiin.


Inilah antibiotik yang Aqis makan.
Aqis makan 2 biji (selepas makan)
untuk 2 kali sehari.


Monday, October 5, 2020

And the list goes on...

 Assalamualaikum, good morning!

Sementara nak tunggu nak masak apa lunch ni, Aqis nak blogging dulu lah. Eh hi blog!

Sebenarnya Aqis rindu nak keluar jalan-jalan. Tapi I know kena tahan buat sementara waktu sebab sekarang musim Covid 19 kan. Adalah juga jalan tapi tempat dekat-dekat je. Tu pun dah buat Aqis happy hehe.

Lokasi apa yang Aqis paling nak pergi kalau dapat keluar jalan-jalan?
1. Cameron Highland
2. Genting Highland

Aqis nak ke tempat yang tenang dan nyaman for me. Untuk relaks for a while. See flowers. Feel breezy wind. Ahh such a bless!

Sambil blogging, Aqis tengah tengok YouTube Razip TV ni. Suka tengok vlog. Ok nak share pulak YouTube siapa yang setiap hari Aqis akan tunggu untuk new content:

1. Cupcake Aisyah
2. Razip TV
3. Isaac Osman
4. Bella Khann
5. Syedot
6. Fancy Vlogs with Gab
7. Niki & Gabi
8. Aisyah Habshee
9. Muhsin Yusni
10. Rosix & Bella
11. Ain Edruce
12. Shazz Zainuddin
13. Atisha Khan
14. Vivy Yusof

And untuk resepi, Aqis suka tengok dekat blog/YouTube:

1. Azie Kitchen
2. Che Nom

Alright, nak tulis benda lain, lain yang Aqis tulis (emo tutup muka sikit)

Till next time ya. Kalau you guys ada list lain selain yang Aqis tulis di atas, please share with me <3

Love,
Aqis <3

Friday, October 2, 2020

Short Trip to Malacca August 2020 (PART 1)

 Assalamualaikum blog.
Jom throwback sikit. Aqis tak dan nak tulis kat blog sebelum ni sebab tak buka laptop.

Sebelum tiba 10 Ogos 2020, iaitu hari lahir Aqis, Nik ajak pergi short vacation. Lokasi Aqis pilih. Aqis fikir Melaka je. Dah lama tap jalan-jalan Melaka. Lagipun, perjalanan tak terasa jauh sangat. Yelah kalau zaman berdua boleh lah. Sekarang ada anak3 kecil, gi yang dekat-dekat dulu lah.

Booking hotel melalui Agoda. Asalnya nak book hotel Heritage. Tapi cancel atas sebab tak perasan email pengesahan depa masuk. So esok nak pi, malam tu lah kami cari hotel baru. Aqis kalut lah kan. Nik relaks je. Tak faham Aqis kenapa lelaki lebih mudah bersikap tenang untuk perkara sebegini. Sebab tulah suami isteri saling melengkapi, ye dak?

Ok then Nik jumpa cam airnb kat Imperio Residence. And thennnnn, Nik kata Nik baru perasan yang tarikh Aqis pilih tu pada hari jadi Aqis haha! Bijak tak saya? :p

Pagi tu kitorang pun geraklah. Alhamdulillah sampai jam 12.15pm camtu. 12.30pm dah boleh check in yay!

Sampai tu, kitorang lepak-lepak, rehat dulu dalam bilik. Makan kekacang, chocolates semua. Plan makan main course dinner nanti. Kitorang tak food hunting tau. Tapi Nik akan minta suggestion kawannya yang memang membesar di Melaka untuk tempat makan yang best dan sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil.

Lepas Asar, kami semua turun bawah mandi pool. Nice gilers view kat pool tau. Hadap pantai! Angin sepoi-sepoi bahasa je lalu. Memang terbaik sangat! Dah nak Maghrib baru naik atas. Puas sangat. Tapi Aqis tak mandi lah. Kena be with Musa Aubin my cheeky boy! <3

Yusuf dan Haura seronok le mandi dengan papa. Guard kat situ pun baik je. Peramah. Kesian maybe anak-anak depa takda kat sini, macam seronok ja tanya pasal the kids. Foreigner guard.

Naik atas, mandi dalam bath tub pulak anak 3 orang tu. Suka benau. Lepas Isya, kami pi makan ikan bakar kat Ala... Kassim. Ramai orang tapi still ada tempat duduk.

Alhamdulillah kenyang sangat. Nik ambil pari bakar, siakap stim dan air buah jug. Terima kasih papa <3

Lepas makan, balik residen, rehat dan tidurrr. Get ready untuk perjalanan esoknya.










A little thought in the rainy morning

 Assalamualaikum blog.

Hujan pagi ni ni bumi Selangor. Nak tidur balik tapi tak boleh tidur pulak. Dah lama Aqis tak jenguk blog kan? Rindu Aqis tak? :)

Aqis cuma nak share berkenaan family kecil Aqis. Aqis mula tulis blog sejak zaman belajar kolej kot. Waktu tu Aqis jarang keluar outing. Jadi Aqis hiburkan hati Aqis dengan menulis dan edit kalau tak balik rumah. Ala, simple-simple je. Bolehlah untuk dijadikan kenangan manis kan <3

Alhamdulillah harini Aqis ialah seorang isteri dan mama kepada 3 orang anakanda. Inas Yusuf, Iman Haura dan Musa Aubin. Buah hati kami <3

Aqis bersyukur.

Aqis akan ada perasaan macamni setiap kali teringat momen sebaik je melahirkan anak3. Aqis syukur, Allah masih izinkan Aqis hidup sihat untuk berkhidmat untuk keluarga kecil kami. Sebelum bersalin, Aqis tawakal. Samada Allah bakal tarik nyawa Aqis atau sebaliknya. Takut tapi kita redha. Macamtulah feeling dia :')

Aqis sayang sangat keluarga kami. Aqis ada impian nak jumpa semua di syurga in shaa Allah moga Allah makbulkan ya <3

Doakan kita semua berjumpa di syurga firdausi. Aqis sedar, Aqis juga banyak khilafnya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua ya.

Hehe Aqis sebenarnya nak fefeeling jiwang sikit pagi ni. Nyaman je pagi ni. Till kita jumpa untuk next story ya blog.

Salam sayang,
Aqis.