Friday, October 2, 2020

A little thought in the rainy morning

 Assalamualaikum blog.

Hujan pagi ni ni bumi Selangor. Nak tidur balik tapi tak boleh tidur pulak. Dah lama Aqis tak jenguk blog kan? Rindu Aqis tak? :)

Aqis cuma nak share berkenaan family kecil Aqis. Aqis mula tulis blog sejak zaman belajar kolej kot. Waktu tu Aqis jarang keluar outing. Jadi Aqis hiburkan hati Aqis dengan menulis dan edit kalau tak balik rumah. Ala, simple-simple je. Bolehlah untuk dijadikan kenangan manis kan <3

Alhamdulillah harini Aqis ialah seorang isteri dan mama kepada 3 orang anakanda. Inas Yusuf, Iman Haura dan Musa Aubin. Buah hati kami <3

Aqis bersyukur.

Aqis akan ada perasaan macamni setiap kali teringat momen sebaik je melahirkan anak3. Aqis syukur, Allah masih izinkan Aqis hidup sihat untuk berkhidmat untuk keluarga kecil kami. Sebelum bersalin, Aqis tawakal. Samada Allah bakal tarik nyawa Aqis atau sebaliknya. Takut tapi kita redha. Macamtulah feeling dia :')

Aqis sayang sangat keluarga kami. Aqis ada impian nak jumpa semua di syurga in shaa Allah moga Allah makbulkan ya <3

Doakan kita semua berjumpa di syurga firdausi. Aqis sedar, Aqis juga banyak khilafnya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua ya.

Hehe Aqis sebenarnya nak fefeeling jiwang sikit pagi ni. Nyaman je pagi ni. Till kita jumpa untuk next story ya blog.

Salam sayang,
Aqis.

No comments:

Post a Comment