Friday, October 2, 2020

Short Trip to Malacca August 2020 (PART 1)

 Assalamualaikum blog.
Jom throwback sikit. Aqis tak dan nak tulis kat blog sebelum ni sebab tak buka laptop.

Sebelum tiba 10 Ogos 2020, iaitu hari lahir Aqis, Nik ajak pergi short vacation. Lokasi Aqis pilih. Aqis fikir Melaka je. Dah lama tap jalan-jalan Melaka. Lagipun, perjalanan tak terasa jauh sangat. Yelah kalau zaman berdua boleh lah. Sekarang ada anak3 kecil, gi yang dekat-dekat dulu lah.

Booking hotel melalui Agoda. Asalnya nak book hotel Heritage. Tapi cancel atas sebab tak perasan email pengesahan depa masuk. So esok nak pi, malam tu lah kami cari hotel baru. Aqis kalut lah kan. Nik relaks je. Tak faham Aqis kenapa lelaki lebih mudah bersikap tenang untuk perkara sebegini. Sebab tulah suami isteri saling melengkapi, ye dak?

Ok then Nik jumpa cam airnb kat Imperio Residence. And thennnnn, Nik kata Nik baru perasan yang tarikh Aqis pilih tu pada hari jadi Aqis haha! Bijak tak saya? :p

Pagi tu kitorang pun geraklah. Alhamdulillah sampai jam 12.15pm camtu. 12.30pm dah boleh check in yay!

Sampai tu, kitorang lepak-lepak, rehat dulu dalam bilik. Makan kekacang, chocolates semua. Plan makan main course dinner nanti. Kitorang tak food hunting tau. Tapi Nik akan minta suggestion kawannya yang memang membesar di Melaka untuk tempat makan yang best dan sesuai untuk family yang ada anak-anak kecil.

Lepas Asar, kami semua turun bawah mandi pool. Nice gilers view kat pool tau. Hadap pantai! Angin sepoi-sepoi bahasa je lalu. Memang terbaik sangat! Dah nak Maghrib baru naik atas. Puas sangat. Tapi Aqis tak mandi lah. Kena be with Musa Aubin my cheeky boy! <3

Yusuf dan Haura seronok le mandi dengan papa. Guard kat situ pun baik je. Peramah. Kesian maybe anak-anak depa takda kat sini, macam seronok ja tanya pasal the kids. Foreigner guard.

Naik atas, mandi dalam bath tub pulak anak 3 orang tu. Suka benau. Lepas Isya, kami pi makan ikan bakar kat Ala... Kassim. Ramai orang tapi still ada tempat duduk.

Alhamdulillah kenyang sangat. Nik ambil pari bakar, siakap stim dan air buah jug. Terima kasih papa <3

Lepas makan, balik residen, rehat dan tidurrr. Get ready untuk perjalanan esoknya.










No comments:

Post a Comment