Wednesday, June 24, 2020

Musa Aubin —Anakanda ketiga

Assalamualaikum,

Masya Allah rindunya dengan kamu, blog. Blog rindukan Aqis tak?
Macam pelik je panggil my blog as BLOG. Nak Aqis bubuh nama baru ka?

Dah lama Aqis tak menaip. Last tarikh 10 Januari 2020.
Blog tahu tak yang Aqis telah selamat melahirkan anakanda yang ketiga pada 29 April 2020. Time PKP waktu tu. Due date sebenarnya 14 Mei 2020. Baby nak keluar awal ye. Sampai bersalin di rumah lah!

Alhamdulillah baby selamat, mama selamat, semua selamat. Syukur ♡
Walau bagaimanapun, adalah tidak digalakkan untuk bersalin di rumah ya. Pergi ke hospital sekiranya terdapat tanda-tanda hendak bersalin. Seperti pecah air ketuban, turun darah, kurang pergerakan bayi dalam kandungan dan lain-lain.

Nak dijadikan cerita, semalam 23 Jun 2020, anakanda ke3 kami telah pun ada nama rasminya.

Agak lama kan proses dia?
Short story, sekiranya kita berada dalam situasi bersalin di rumah, kita perlu maklum akan maklumat petugas kesihatan yang potong tali pusat. Nama, dari hospital mana dan sebagainya.

Hari ini, suami Aqis ke Kecemasan Hospital Sg Buloh. Alhamdulillah setelah selesai urusan di sana suami shoot ke JPN Kota Damansara untuk proses daftar kelahiran anakanda kami. Oh ya terlupa! Sekiranya proses bersalin berlaku di kediaman, ibu bapa/penjaga perlu buat laporan polis dulu ya. Ini sebagai salah satu prosedur setelah kelahiran.

Musa Aubin bin Nik Mohd Ridhauddin.

Musa: Nabi Musa 'Alaihissalam
Aubin: Ketelusan

Musa Aubin anak soleh in shaa Allah ♡

Terima kasih Allah. Terima kasih papa. Terima kasih keluarga kami.
Peliharalah keluarga kami ya Allah ♡