Thursday, September 26, 2019

Dinner di Tree Steak House, Paya Jaras

Assalamualaikum wbt. 
Apa khabar semua? 

Semalam, Aqis teringin sangat nak makan masakan selain daripada masakan sendiri. Dah 2 3 hari Aqis tahan, tak boleh jadi, kena bagitau encik suami juga. Mujur encik suami izinkan dan wallah! Dinner kami semalam di Tree Steak House, Paya Jaras. 

Sebenarnya Tree Steak House ni bukanlah pilihan utama. Aqis ingat lagi sebelum kahwin dikatakan kalau nak makan western mesti pi Tree Steak House. And then lepas kahwin 2 3 kali juga pi, entah kenapa makanan agak kurang memuaskan. Dulu sedap tau. Chicken chop rangup gila! 

Then saja nak try malam semalam. Saja juga suggest kat encik suami lokasi tersebut. 
Selepas Isya, kami bergerak ke sana berempat. Kami suami isteri bersama anak-anak. 

Sebelum pi, sempat google dulu. Alamak 25hb kerajaan gaji daa. Agak-agak ramai ke tak? Nik kata pergi je dulu. Alhamdulillah sampai sana, orang memang ramai tapi masih dalam keadaan yang tenang dan tak kelibut. 

Kami masuk dan duduk di satu sudut. Yusuf dah boleh duduk kat kerusi biasa. Haura pula duduk di kerusi baby. Baguih staf depa. Masa Nik nak cari kerusi baby, memang depa yabg angkut bawa pi tempat kami. Maybe sebab kena junjung kerusi baby tu. Laluan agak padat dan cukup-cukup seorang manusia dewasa lalu. 

So kita tahu kan pelanggan Tree Steak House memang ramai! 

Meh Aqis share apa yang kami order ye. 




Nachos RM9.90
Chip nachos tu sedap gila!

Spaghetti Carbonara RM11.90
Ni Aqis punya. Kalau pi makan western memang suka sangat
order Spaghetti Carbonara yummy!

Piazola Chicken Chop RM15.90
Ini encik suami punya.
Nik suka pesan menu lain daripada yang lain.
Kalau nama lain macam sikit mesti tanya waiter/waitress camna makanan tu.
Kalau suka, beliau pilih terus.

Chicken Nugget RM5.90
Yusuf punya. Habis jugaklah Yusuf makan semua ni.
Dan bercinta juga kami menunggu Yusuf habis makan hehe



Air terlupa pula ambil. Kami order 2 teh o ais. 1 air suam. Teh o ais macam biasa untuk Nik dan Yusuf. Aqis air suam je. Sambil-sambil tu cilok sikit air depa hehe.

Teh O Ais RM3.50/segelas
Air suam RM0.30

Overall, makanan just nice. Ada yang sedap. Ada yang beshe beshe. Kalau tak sedap, takda! Alhamdulillah, kami makan kenyang sangat! Portion makanan pun memang ngam nak bagi orang rasa kenyang dan hati-hati buat mereka yang memandu. Mungkin boleh buat anda rasa mengantuk sebab dah sedap, perut terisi kan. Mesti rasa nak lepak baring-baring je, pastu tidur hehe


Recommend tak makan sini?
Sure! Try rasa menu depa. Macam-macam ada!

Makanan mesra kanak-kanak tak?
Awak boleh pilih menu daripada SIDE ORDER.

Boleh bayar pakai kad debit?
Boleh awak. Best kan :))

Tree Steak House ada dalam list FoodPanda?
Ada awak. Tapi of course dalam apps FoodPanda dah mark up harga siap-siap.

Ada air cond?
Alamak yang ni Aqis tak perasan. Yang Aqis perasan, masuk je memang tak rasa air cond. Rasa angin kipas je. Aqis perasan sebab bila sampai kat tempat duduk kami, Nik minta staf bukakan kipas.

Kena buat tempahan dulu ke sebelum datang?
Bergantung. Pelanggan kat sini sangat ramai terutamanya hujung minggu. Kalau hari biasa terus walk in pun okay je.

Ada tempat parking?
Ada. Selain parking berdekatan restoran, ada ruang khas parking. Biasanya ada staf akan guide jalan ke tempat parking. Masuk dalam sikit ke dalam tau dari lorong masuk restoran tu.

Tree Steak House ni ada beberapa cawangan. Salah satu tempat lain di Keramat.

Ok rasa ni je kot. Next time datang lagi nak try menu lain pula.
Untuk mereka yang bakal datang makan di sini, enjoy your food gais!

Tree Steak House

Lot 3028, Kg Paya Jeras Tengah Laluan Besar,
Jalan Kuala Selangor,
40160 Shah Alam, Selangor.

016 343 6550

Waktu operasi:
Setiap hari dari jam 4pm - 12am






No comments:

Post a Comment