Friday, December 13, 2019

ME TIME di De Bali Spa Sg Buloh

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya Aqis nak type guna laptop tapi hotspot lambat. I'm a sad princess ):

Takpelah. Aqis nak share something ni.

Kalian rajin pi spa tak?
Aqis jarang. Kalau ada occasion tertentu sahaja yang akan buat Aqis bersungguh untuk ke spa. Contohnya time sebelum nikah. Time nak manja-manjakan diri sebelum Iman Haura lahir ke dunia. And now Aqis buat lagi! Hehe. This time sebab ada promotion best best BEST sangat dari spa yang Aqis kunjungi 2 kali sebelum ni. Spa yang sama tau.

Spa ni best sebab di samping lokasi yang strategik (berhampiran kediaman kami), tempat pun cantik. Yang paling penting harga mampu milik dengan servis tiptop. Staf dia serve kita baik punya. Since pertama kali Aqis datang sampai sekarang. Since spa depa kat bandar baru sg buloh, sampailah depa berpindah ke bangunan sebelah petronas mcD bukit rahman putra. Best kan lokasi dia?

Harini Aqis buat basic facial dan wash & blow. Wash & blow tu wajib. Suka bila rambut helok lembuit je lepas blow. Pastu nak selfie manjang. Padahal member tak reti nak selfie sangat. Asal selfie je muka jadi macam hape. Ni dah  helok sikit, apa lah salahnya nak perasan sekejap. Bukan ada orang tengok pun. I selfie time orang takdelah hehe

Cuba teka berapa total untuk kedua dua treatment ni?
Kalian mesti terkejut punya!
Nanti Aqis share ok.

Nah Aqis nak bawa kalian tour sekitar spa.


Spa kat tingkat 1.
Bawah tu kedai vape.
Sebelah kedai vape ada kedai mamak. Senang kalian nak tau lokasi.

Ni pintu masuk dia ya.
Tekan loceng dulu.
Nanti staf bukakan dari atas.
Then apa lagi? Buka le pintu itew sendiriwww

Nampak kan pintu atas tu?
Tu lah dia.
Yay! Dah sampai!

Ok boleh search De Bali Spa dah sekarang gais

Tenangnya perasaan bila dah ada dalam ni.
Suasana, musik yang mengiringi, staf yang friendly.
Serious nyaman je rasa tau

Sauna pun ada.
Kat hujung tu tempat sangkut pakaian.
Nanti mai kena pakai kain batik yang
dah siap dijahit tau.
Staf akan bagi once kalian selesai mendaftar.

Privasi

Masa ni Aqis tengah tunggu mask kering.
Sempat lagi hehe.
Alhamdulillah this is my ME TIME! ♡

Foot treatment area




Feedback customers.
Cuba teka Aqis punya yang mana?




Ala Aqis dah rotate dah.
Upload jadi senget semula.
Senget kepala kalian sikit ye

Ni pakej untuk 2019 punya.
Tak termasuk lagi promo yang hampir setiap hari akan ada!
Seriously, kalian memang kena follow De Bali Spa sekarang.
Baru tahu perkembangan semasa promoooo!

Dah siap. Lapar..
Pagi tadi dah masak mee goreng tapi takmau makan.
So berlapar lah sekejap sampai treatment selesai.
Tapi masa treatment lansung tak rasa lapar!
Me time punya pasai kan

Sebenarnya Aqis nak ucapkan terima kasih sangat kat suami Aqis sebab izinkan Aqis berME TIME dan tolong jagakan Yusuf & Haura sepanjang ketiadaan Aqis pagi tu. Appointment Aqis jam 10am. Saja ambil time paling awal. Nanti balik boleh settle apa yang patut.

Haa. Cakap pasai basic facial, walaupun namanya BASIC tapi steps dia sampai 8 steps tau tak silap Aqis. Basic bukan sekadar basic. Siap ada massage at certain steps. Sekejap je massage tapi memang terasa, puas hati, sedap gila sampai rasa nak tertidur dan pastinya nak lagi! Tak sempat tanya nama staf siapa yang attend Aqis tadi. Pergerakan tangan beliau cenggini 👍👍👍👍👍

Siap ada mask. Ya Allah heavennya!
Kat rumah ada mask sheet tapi memandangkan fikir nak pi spa ni, Aqis simpan dulu mask tu. Next time kita guna.

Wash & blow pun sama.
Bukan sekadar cuci rambut. Bukan sekadar blow cenggitu je tau.

Staf tu 'settle'kan kepala Aqis baik punya. Tu kalau member sendiri tu, Aqis dah pejam mata ambil feel. Tapi time tu i sopan sikit. Sikit jelah hehe. Yela sambil dia cuci/blow tu, kan ada cermin depan tu. Kantoi la nanti

Ok ni yang paling kalian nak tau kan? Harga berapa tu Aqis?

Aqis member spa ni tau. Cara nak jadi member Aqis tak ingat dah. Nanti boleh tanya owner/admin ya.

Basic facial RM10
Wash & Blow RM16
Total RM26

Tempoh masa treatment Aqis 2 jam tau 😍😍😍😍😍

Amacam?
Puas hati gilers kan?

Memang Aqis dapat harga promo. Yang penting servis depa tiptop.
Takde buat sambil lewa. Siapa dah buat depa akan tau ♡

De Bali Spa ada 2 cawangan. 1 kat sg buloh. 1 kat kajang.
Aqis pi sg buloh punya. Seronok lepas treatment. Baru rasa cantik sikit (perasan) dan fresh. Lagi-lagi bila ada dengan suami. Perasaan confident tu automatik datang. Bukan kita je happy. Encik suami pun turut happy hehewww

Untuk yang belum bersuami, this is for yourself babe!

Pi lah manja-manjakan diri kalian sekali sekala. Bukan selalu ♥ ♥ ♥

Oh ya!
Dan spa ni khusus untuk WANITA SAHAJA.



De Bali Spa Sg Buloh

Lot 1-3 Putra One, Persiaran Bukit Rahman Putra 1, U19 Shah Alam, 40160, Selangor.
012-264 6882
Facebook: De Bali Spa Sg Buloh


De Bali Spa Kajang

No 6 - 1, Jalan Mutiara 1, Mutiara Avenue Mutiara Height, 43000 Kajang, Selangor.
011-3527 5257
Facebook: De Bali Spa Kajang

No comments:

Post a Comment