Semalam, 28 Desember 2019 suami ajak Aqis ke Nasi Bamboo yang terletak di Sungkai, Perak. Nasi Bamboo ni dekat je dengan rumah Kak Dayah (kakak kepada suami). Kalau pi rumah depa mesti akan lalu punya lah depan kedai makan tu. Tapi belum rezeki kami untuk singgah ke sana.
Suami dah banyak kali ajak pi sana sebenarnya. Ride sama-sama. Tapi of course la Aqis bonceng kat belakang je. Gilerr Aqis nak bawa moto dari Sg Buloh - Sungkai. Kerja gilerrr oii.
Maka pagi tu kami pun bersiap siaga.
Plan asal jam 7pagi dah gerak. Sekali delay 9pagi daa gerak nya.
Anak-anak berada di bawah jagaan keluarga Aqis. Mama, papa dan adik-adik. Besar jasa depa semua jagakan anak-anak kami. Sebab ada peristiwa yang tak dirancang, berlaku..
Apa dia peristiwa tu?
Nanti Aqis cerita di bawah ni ye. Rajin-rajinkan diri kalian membaca okay ♡
Hampir 2 jam perjalanan, kami pun tiba di lokasi. Cuba teka apa yang jadi?
Kedai tutup.
YA, KEDAI NASI BAMBOO ITU TUTUP.
Depa cuti dari 27/12/2019 - 3/1/2020.
Silap kami juga sebab tak search dulu di google. Tengok dekat maps je. Seharusnya kami hubungi mereka terlebih dahulu. Ni terus serbu je. Tu makan dia hehe
Aqis okay je. Fikir dari sudut positif, dapat teman suami ride. Lama tak naik moto berdua jalan luar Selangor. Tapi tu lah, kesian kat suami. Beliau nak sangat makan kat sana. Takpelah next time ye pa..
Dah alang-alang sampai sana, lapar pulak tu. Singgah KFC jelah. Tu yang paling dekat dan cadangan dari suami. Den ikutkan sajo. Dah suami yang bawa hee ♡
Sebelum tu call Kak Dayah dulu. Kot ada kat rumah ke kan. Dan Abang Midi (abang kepada suami). Pasai depa dua beradik suami yang menetap di Perak.
Kami pun makan lah di KFC Sungkai.
Nak habiskan seketul lagi ayam, eh family Kak Dayah mai kat kami. Depa pun tengah siap-siap nak balik Kundang. Pi ziarah umi. Sempatlah kami bual-bual sat. Abg Midi dan family pula ada di KL.
![]() |
Boss makan Hot N Cheezy. Aqis makan burger. Apa nama lupa dah. |
Dah sampai Perak, nak ke mana kita Yob?
Makanya rancangan asal bertukar kepada kami berdua pergi ke Menara Condong, Teluk Intan. 45 minit je dari lokasi kami tu.
Dah salam-salam laga pipi semua, kami pun gerak. Kak Dayah sekeluarga pun jua.
Alhamdulillah, dah sampai!
PERTAMA KALI AQIS JEJAK KE TELUK INTAN!
![]() |
Menara Condong |
![]() |
Nampak sepeti 8 tingkat. Tapi sebenarnya menara ini 3 tingkat sahaja. |
![]() |
Trivia Menara Condong. Dikatakan menara ini condong disebabkan bebanan tangki air dan keadaan tanah yang lembut. |
![]() |
Pintu masuk |
![]() |
Bayar sini. RM1 sekali satu kepala |
![]() |
Waktu lawatan |
![]() |
Nampak tak tangki air kat atas tu? Sekarang dah tak digunakan dah. |
Menara Condong kini berfungsi sebagai menara yang menempatkan jam besar yang diimport selain menjadi tarikan pelancong dan penduduk setempat.
Kami sampai ke sana pada waktu tengahari. Jadi orang tak ramai sangat.
Petang tu balik, masya Allah ramainya orang! Siap ada pasar malam lagi. Belakang Menara Condong tu ada dataran. Kat situ pun pelbagai aktiviti riadah bersama keluarga diadakan.
Dijadikan cerita, suami Aqis demam. Panas badannya. Kesian..
Beli panadol actifast then kami cari lokasi yang sesuai untuk berehat.
Sampailah kami ke sebuah surau di Kg Terengganu, Teluk Intan.
Berteduh sementara. Suami pun tidur lelapkan mata. Berselimutkan sejadah dan pakai jaket lagi. Pakai stokin juga pada waktu tengahari camtu. Memang sejuk sangat tu beliau rasa.
Aqis nak tidur tapi takpelah, duduk jelah tunggu sambil melayari internet heheh
Lagipun dah nak masuk waktu Asar. Mesti ada jemaah lelaki datang. Segan lah saya. Baiklah berjaga sementara tu.
2 jam lebih juga suami rehat dan tidur.
Dah bangun, Aqis lapar...
Tanya suami boleh tak makan apam balik Malindo yang famous kat Teluk Intan ni.
Nak makan kat M. Ghulam, suami tak lalu makan. Tak syok lah makan sorang-sorang.
Mujur apam balik tu dekat je dengan Menara Condong yang kami singgah tadi. Sebelah stesen minyak Shell yang berhpiran menara tu je. Ada pakcik jual.
Kami beli apam balik nipis. 3 keping rm2. So kami ambil rm4. Dapatlah 6 keping.
Beli air sekali. Aqis try air kelapa lemon. Kelapa suka, lemon pun suka. Boleh pulak ada menu ni ye. Suami minum air mineral tak sejuk je. Beliau batuk kahak sekali waktu tu.
![]() |
Dua orang pakcik ni lah peniaga di apam balik Malindo |
![]() |
Tengok tu apam balik tebal. Nyum nyum nyum |
![]() |
Ni lah gerai pakcik tu. Jemput singgah kalau mai Teluk Intan ♡ |
![]() |
Makan atas moto je. Feel lain maciammmm |
![]() |
Air kelapa lemon |
Jam 7pm++ baru kami betul-betul bertolak kembali ke Sg Buloh dari tol Sungkai.
Suami tanya, Aqis penat ke. Aqis selesa ke. Aqis sakit pinggang ke?
Suami tanya, Aqis penat ke. Aqis selesa ke. Aqis sakit pinggang ke?
Sebenarnya Aqis suka untuk simpan memori bersama suami bila kami hadapi situasi macam ni. Memang agak letih sebab Aqis tak cukup tidur. Tapi seronok! Dapat spend time bersama suami kan. Buat aktiviti yang beliau suka. Kita pun jadi suka lah ♡
Few times juga berhenti rehat. Kena kumpul tenaga. Kena bagi suami rehat sama.
Pastu beli pau lagi 2 ketui. Aqis makan pau daging. Saja nak makan savoury sebab tak jamah nasi lagi. Selalu pau kacang la pujaan hati i hehe. Dan pau ayam buat suamiku.
Suami tak lalu makan, sudahnya pau tu Yusuf yang makan.
Alhamdulillah, jam 9.50malam kami tiba di rumah mama papa di Sg Buloh.
Rindu dengan anak-anak. Alhamdulillah family kata Yusuf dan Haura tak nangis. Tak meragam. Terima kasih abang dan adik sebab jadi good boy, good girl ♡
Now, jom rehat.
Anak-anak pun dah tidur balik.
Aqis pun nak rehat.
Selamat malam semua.
Till next time ya ♡
Aqis.
29/12/19 | 3.42am | Sg Buloh
No comments:
Post a Comment