Sunday, October 25, 2020

Kencing tak lawas? Jumpa doktor segera

Assalamualaikum blog.
Sihat tak tu?

Aqis nak share, hampir 2 minggu yang lepas, Aqis rasa kurang selesa untuk buang air kecil. Tak pasti samada kencing tak lawas atau apa. Seminggu lepas experienced, Aqis decided untuk gi check up di klinik.

Aqis pun ke Klinik Kuang. Jumpa pula doktor yang rawat Aqis tu Arshia! Sahabat satu sekolah dulu :) Bagus Arshia ni. Yakin dan tangkas selesaikan problem Aqis. Sambil menulis pun boleh lagi sembang tau. So Dr Arshia minta Aqis gi makmal untuk ambil sample urin. Turns up, ada bakteria di saluran buang air kecil tu. Aqis risau sebenarnya. So Aqis pun tanya Arshia samada normal ke apa yang Aqis alami ni.

Arshia kata yes normal. Lagi-lagi ibu mengandung. Ada beberapa info yang Arshia maklum such as, bakteria masuk dari bawah, saluran kencing kecil. Dan beliau suggest Aqis untuk makan ubat antibiotik. Nama ubat tu Cephalexin 250mg. Aqis kena habiskan untuk tempoh 1 minggu. Kalau still sama selepas tempoh tu, datang semula ke klinik. Ubat daripada klinik kerajaan tau.

Alhamdulillah, Aqis baru je habiskan kesemua ubat tu pagi ni. Keadaan semakin baik. Takde dah rasa sakit. Alhamdulillah. Aqis nak pantau lagi sehari dua ni, lepastu nak update ke Dr Arshia.

Kalau kalian alami simptom macam Aqis ni, segeralah ke klinik ya. Aqis dan suami ada baca Google dan sebagainya untuk detect sakit ni. Tapi in the end, kena juga pastikan dengan ahli yang lebih berilmu (doktor).

Semoga kita semua terhindar daripada sebarang penyakit, lebih-lebih lagi Covid-19. Amiin.


Inilah antibiotik yang Aqis makan.
Aqis makan 2 biji (selepas makan)
untuk 2 kali sehari.


No comments:

Post a Comment