Sunday, May 12, 2019

Cheesekut

Assalamualaikum dah hi!

Harini dah masuk pun Ramadan ke 7. Rasa cepat sangat masa berlalu bila tanya suami harini hari puasa ke berapa lepas berbuka tadi.

Seharian gigi Aqis sakit sampai naik pening jadinya. Tengahari tu Aqis tidur sekejap sebab taknak layan sakit gigi ni. Dapatlah dalam sejam dua camtu tidur.

Sunday is stay-at-home-day.
Petang tu rasa nak buat cheesekut. Tapi rasa nak rehat sebab sakit gigi. Bangunlah juga sementara suami kata nak mandi dengan Yusuf di belakang rumah. Dah lah tengah merajuk dengan suami tapi best jugak sebab depa ada teman kat situ. Panaih lit-lit la ni pun

Aktiviti buat cheesekut pun bermula. By the way, Aqis dapat resepi ni dari instagram @arianna.kitchen.

Bahan-bahan:
Biskut (Aqis pakai Hup Seng)
250gm cream cheese
170gm susu pekat (Aqis sukat pakai 2 ½ sudu makan)
2 sudu besar susu segar (susu segar takde. Aqis pakai susu cair je)



Sebelum buat taknak ambil gambar bahan. Collage je lah ye.
Nah gambar ic dan passport depa berempat.


 Blend mesra kesemua bahan. Pakai mixer pun boleh.



 Cicah satu persatu biskut dalam susu segar/susu cair


Lalu susunlah mereka di dalam loyang. 
Ni Aqis pakai tupperware je. Kalau ada kertas minyak, boleh letak sebelum
biskut. Optional, taknak pun takpe. Macam Aqis, tak letak.


 Tepek sikit bedak bahan-bahan yang diblender tadi.


Sapu rata ke seluruh area biskut.
Ni mujur tak masuk cream tu dalam mulut Aqis tau. Asyik nak rasaaaa je. 
Ko sabajap cheesekut.

Dah rata, serata tanah rata Cameron Highlands.
Cuma takda stoberi je.


 Susun lagi biskut yang dicecah susu cair. Atas tu tepek lagi cream.
Ulang step ni ikut mana hampa nak tinggi dan tebal mana layer cheesekut.


 


Paling last!
 Atas tu bukan cornflakes tau. Cam resepi asal, Arianna buh topping cornflakes.
Yang Aqis punya ni serdak biskut Hup Seng tu. Tenyeh-tenyeh je guna jari. 

Dah siap semua, bolehlah simpan dalam chiller sementara tunggu waktu berbuka tu. 
Makan sejuk-sejuk baru ngam soii. Nikmat tak terkataaaaaa. 


Tadaaaa! Dah siap potong.
Ready nak di ngappp je.

So far, macam mana puasa kalian setakat ni? Masih full semua ya? :)

Tudung Azizah Classic Wideshawl, Rekiah Square, Salmah BaSix dan Salmah Diamond masih available, awak awak semua. Warna pun tak tinggal banyak dah. Tapi yang best, semua item ImaanBalqis ada COMBO DEALS siap FREE GIFT lagi tau ♥ 

Jangan lupa follow Aqis ♥ 
Instagram personal: @balqisfaiqah_
Instagram business: @imaanbalqis
Facebook page: ImaanBalqis



Love,
Aqis.

No comments:

Post a Comment