Tuesday, May 14, 2019

Iftar di Tasik Biru Kundang

Assalamualaikum dan hi!

Ramadan ke 8 suami request nak iftar di luar. Nak ambil angin katanya.
Jadi kami decided untuk iftar di Tasik Biru, Kundang. Suami turunkan kami di Tasik Biru untuk chop tempat dan beliau pergi ke bazar di Kundang. Kat sana bazar ramadan lebih banyak pilihan berbanding Kuang.

Sekali sampai, tak ramai orang daa. Mungkin sebab hari biasa kan. Hari Isnin. Kami lepak kat meja batu tepi tasik. Memang syok angin petang. Lama dah tak keluar lepak camni. Layan jugaklah.

Kalau hujung minggu, memang ramai. Macam suasana kat Taman Layang-Layang, Kepong tu. Tapi ni versi tak sebesar Taman Layang-Layang lah. Kalau bulan Ramadan ni tak pasti pula Aqis masih ramai atau sebaliknya.

Kalau ada yang tanya Tasik Biru ni ada apa, meh Aqis nak share. Tasik biru ni tempat rekreasi masyarakat setempat di sini. Ada taman permainan. Restoran D Manggis. Kawasan orang memancing serta aktiviti air. Contohnya jet ski, kayak dan sebagainya. Selain tu, lokasi ni kerap juga dijadikan lokasi pengambaran. Sebab view dia mungkin.

Ramadan ni teringin pula makan nasi kerabu. Ah sedapnya makan dengan telur masin. Memang ngam! Takda ayam, daging pun takpe. Ni gandingan favourite Aqis kalau makan nasi kerabu.

Suami makan nasi dagang. Sedap nasi dagang dia. Kuah gulai dia, aummm! Kedai mana Aqis taktau lah pulak sebab suami yang beli. Yusuf pula makan tepung pelita. Pastu Aqis bagi keropok nasi kerabu tu. Suap isi ayam sikit. Tepung pelita sedap gak. Manis just nice. Haura? Haura tengok jelah hehe. Good girl Haura sebab behave je. Kami dah siap makan baru dengar Haura merengek. Kes nak susu lah tu.



Waktu ni Yusuf tengok papa naik motor nak pergi bazar. 
Kalau papa pergi kerja ke, main bola ke, Yusuf akan tengok papa sampai
hilang dari pandangannya.  





Nampak kan di seberang tasik tu?
Itulah Restoran D Manggis. Tapi Aqis suka lagi D Manggis kat Kuang.  




My boys ♥ 

Kami bawa air masak, air prune, cawan, sudu, surat khabar dari rumah sebagai persediaan untuk berbuka. 

Dan kami dah makan baru perasan tak ambil pun gambar makanan. Halah lah ye? Hee.  
Selesai makan, kami terus balik. 

By the way, kami tak masuk sehingga ke area taman permainan dan perumahan. Tak pasti pula kalau ada atau tidak peniaga berniaga makanan di sana. 

Selamat berpuasa ♥ 

Love,
Aqis. 

No comments:

Post a Comment