Thursday, May 2, 2019

Dinner di UFO Station

Assalamualaikum dan hi!

Malam tadi suami ajak keluar sempena cuti Hari Pekerja ni kan. Surprise takmau cakap nak pi mana.

9.30pm kami pun keluar.
Menuju terus ke Saujana Utama Sungai Buloh.

Rupa-rupanya suami nak ajak makan di UFO station. Sebelum ni Nik pernah bagitau nak makan sana tapi bila call, kedai tutup.

First impression, tempat makan tu nampak macam kedai makan biasa tapi still ada aura hipstur tu. Of course kami cari seat bawah kipas hihi

Suasana cozy, deco vantage, sederhana kuantiti manusia, for me Aqis rasa selesa dah. Lelagi kami bawa Yusuf dan Haura. Haura stay dalam stroller this time. Haura dah pandai meniarap. Nanti Haura gerak banyak atas meja.

Pilihan menu, semua western ya awak. Menu simple tapi yang pasti semua orang pernah makan dan mungkin akan order untuk rasa dari restoran ni pula. Ala macam chicken chop, spaghetti aglio olio dan sebagainya.


 Menu makanan



Menu minuman

Simple je menu. Mai la ramai-ramai. Mana tahu owner bakal tambah pelbagai lagi menu baru. Kita juga dapat merasa, bukan orang lain. By the way, harga menu affordable kan. Kalau tekak teringin makan western tu, boleh lah cuba rasa di sini. 

Jom tengok kami order apa.

Air sampai dulu.
Dari depan, air suam. Air teh o ais. Air apple asam boi.
Dan last sekali carrot susu. 

Biasanya kalau makan luar Aqis akan order air suam je walaupun rasa nak air manis. Bila air suam sampai memang rasa lega especially bila time dah habis makan yang pelbagai tu. Malam tu, suami suruh order air juice. Pelik pulak. Aqis ambil jelah carrot susu. Tak sampai hati pulak akak tu tunggu lama, tunggu je Aqis nak buat keputusan. Dan dalam masa yang sama dalam hati, "ala takpe pa. Syg dah biasa minum air suam." Hm last last ke laut. Tu order carrot susu tu. Suami suka air epal asam boi. Teh o ais special untuk anak bujang. Air suam untuk kami semua. Share.

Carrot susu terlupa nak minta less sugar. Mujur bila dah sampai, memang manis tu takdalah melampau sangat. Oklah untuk Aqis. Suka sebab tak manis :)

 Ni suami punya. Chicken pagiana.
Ayam chicken chop goreng dengan kuah creamy. Nice kuah dia.
Kentang pun ngam bila cicah kuah. Coleslaw dia macam ni 👍👍👍👍👍

Aqis pilih Fried Chicken Chop.
Kuah sedap gilers. Aqis makan sampai habis kot!
Tekstur ayam, rangup! Coleslaw tu memang sedap. Halus dan berperisa.
Fries pun nice sebab dia potong saiz medium. 

Untuk Yusuf punya, suami orderkan wedges. Tapi alamak, Aqis terpadam gambar tu. Halah halah halah! Yusuf makan habis. Ayam Aqis bagi Yusuf sikit. 

Sebenarnya kalau order western, Aqis lagi suka order mac n cheese atau spaghetti. Tapi terasa nak makan chicken chop pula malam tu. Sepanjang kahwin dengan suami, ni lah pertama kali Aqis order chicken chop. Mimpi apa taktau. 

By the way, makanan kami sampai lewat sikit. Lebih 15 minit camtu. Mungkin depa masak fresh ke kan. Ambil order baru buat. In which bukan instant. 

 View dari depan restoran. Comel je UFO Station.
Buat kita senang ingat. UFO hee

Perjalanan dari kediaman kami ke restoran ni ambil masa dalam 15 minit camtu. 
Kalau you alls dah bosan dengan restoran western yang selalu you alls pergi atau nak try something new dengan harga yang berpatutan, atau nak belanja family, kawan-kawan ke kan, boleh lah try makan di UFO station. In shaa Allah moga you alls akan datang makan lagi kat situ :)

Terima kasih pa, belanja kami makan ♥ 

UFO Station
Alamat: No 22 Jalan Bidara 9, Saujana Utama, 
47000 Sungai Buloh, Selangor. 
No. Telefon: 019 361 6404

Facebook: UFO Station
Instagram: @ufostation_

No comments:

Post a Comment