Assalamualaikum wbt dan hi!
Sebenarnya dah lama Aqis aim nak bake sendiri Subway Cookie lepas tengok resepi mudah di instagram @arianna.kitchen.
Alang-alang suami nak beli barang dapur, Aqis kirim sekali. Yelah, kalau bertangguh entah bila Aqis nak rasmikan lagi oven di dapur tu.
Dan terima kasih pa sudi belikan. Siap ambil gambar item yang nak dibeli lagi kat Econsave tu untuk confirmation. Terima kasih pa ♥
Kalau malas nak buka link, ni Aqis share bahan-bahan dan cara buat okay.
Stay tuned ♥
Stay tuned ♥
Bahan-bahan:
3/4 cawan gula perang
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan butter (cairkan)
Sebiji telur
Satu sudu kecil esen vanila
1 dan 1/4 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 sudu kecil baking soda
Dark chocolate (brand apa-apa pun boleh. Aqis guna versi coklat masakan)

Cara memasak:
1. Masukkan gula perang dan gula halus dalam satu bekas dan kacau menggunakan whisk.
2. Kemudian masukkan butter, telur dan esen vanila. Kacau.
3. Bila dah sebati, masukkan pula tepung gandum dan baking soda. Kacau.
4. Hiris dark chocolate dan campur ke dalam adunan tersebut. Kacau.
5. Simpan adunan tersebut dalam peti ais selama 10 minit.
6. Panaskan oven.
7. Setelah 10 minit, keluarkan adunan tadi dan bentukkan bulat. Depends besar mana awak nak. Aqis buat anggaran besar scoop ice cream pakcik jual ice cream motor tu. So nanti akan dapat besar hampir tapak tangan dewasa.
8. Setelah oven dah panas, masukkan adunan bulat tu ke dalamnya.
9. Suhu 180°C, masa 14 minit - 20 minit. Bergantung pada suhu oven kita.

Ni gambar ihsan google.
First time baking kan. Aqis refer gambr camni, senang faham.
Aqis guna Kalas Mug dari Ikea ni.
Sukatan ikut sebijik macam gambar kat atas.
Taraaaa!
Alhamdulillah menjadi selepas cubaan kedua masuk oven dengan adunan yang sama.
Rasa sebijik sangat dengan Subway Cookie tu. Lepas rindu dah lama tak makan cookie tu hehe.
Aqis dapat buat 11 keping cookie sebesar hampir tapak tangan dewasa dan 1 biji tapak tangan Yusuf (umur 2 tahun).
Tengok dulu video dan boleh refer penulisan ni ya.
Selamat mencuba!
Love,
Aqis ♥
No comments:
Post a Comment