Assalamualaikum wbt dan hi!
Dah lama tak share, membuak-buak rasa nak menulis tau.
OKlah, jom kita mukadimah dengan pengalaman Aqis cabut gigi geraham
bongsu yang Aqis dah hidapi sejak tahun 2016 lagi. Iaitu pada trimester pertama
mengandungkan Inas Yusuf.
Sesiapa yang pernah sakit gigi, awak mesti tahu betapa sakitnya rasa tu.
Di saat tu awak sorang je yang rasa sakit. Lepastu sakit hati sendiri sebab
orang depan awak okay. Awak yang menanggung sorang.
Sakit dia tu boleh bikin hilang mood seharian tau. Rasa nak marah je.
Sewaktu mengandungkan Yusuf, Aqis buat carian mengenai cabutan gigi
sewaktu mengandung ni. Bila refer dengan dentist, beliau tak nak tanggung
risiko cabutan ibu mengandung. Bahaya sebab akan mengganggu saraf yang bersambung dengan bayi. Doktor maklumkan, ibu memang akan baik selepas
cabutan tetapi kasihan anak dalam kandungan.
Sekiranya tiada apa-apa, rezeki ibu dan bayi tersebut. Sekiranya
sebaliknya, beberapa kesan negatif bakal terjadi. Terutamanya ke atas anak
tersebut.
Jadi sepanjang mengandungkan Yusuf, Aqis hanya bergantung pada
Paracetamol untuk hilangkan sakit. Dalam masa yang sama Aqis guna ubat gigi
Sensodyne. Sensodyne memang bagus dan berkesan.
Mama Aqis usia dah 50 tahun. Tapi takda satu gigi pun pernah cabut. Mama
kata gigi mama berlubang. Mama memang dah guna Sensodyne lama dah.
Sampailah sekarang. Tu mama suggest Aqis pakai tu.
Apa yang Aqis fikir, takut sakit gigi tu akan terjadi sewaktu meneran
baby.
Ah………. Macam mana lah perasaan tu. Takut!
Ah………. Macam mana lah perasaan tu. Takut!
Alhamdulillah, proses melahirkan Yusuf berjalan dengan baik dan lancar.
Gigi pun tak sakit. Pengalaman berpantang, gigi masih okay.
Sampailah Aqis mengandung kali kedua.
Waktu ni gigi belum cabut tau. Asyik delay je sebab fikir gigi akan tak
sakit dah selagi pakai ubat gigi tu.
Sekali dia tarik balik daaa. Sakitnyaaaa rasa! Macam waktu
mengandungkan Yusuf dulu.
Sampai merayu kat doktor sakit sangat. Takda alternatif lain ka?
Doktor still bagi jawapan yang sama, serupa waktu Yusuf dulu.
Jadi Aqis pun balik dengan perasaan hampa dan sedih dan sakit gigi, of
course.
Alhamdulillah, baby kedua selamat dilahirkan. Iman Haura nama diberi.
Selepas habis pantang, tak fikir panjang. Belajar dari kesilapan, so
Aqis terus book appointment.
Pertama di Klinik Kesihatan Sungai Buloh (gigi yang ditampal dah
terhakis. So kena cabut sebab sakit). Cabutan ni dibuat di Klinik Kesihatan
sebab cabutan biasa. Bila dah okay selepas cabutan tu, datang balik klinik
untuk ambil surat rujukan untuk dibawa ke pakar.
Kedua, Aqis ke Hospital Sungai Buloh. Lokasi spesifik adalah di Klinik
Bedah Mulut (Pakar). Ambil appointment dan staf maklum selepas Raya, in which
sebulan dari hari Aqis datang tu. Kemudian Aqis kena ambil x ray mulut di aras
1. Aqis bawa Haura tau masa tu. Yusuf tinggal dengan papanya di rumah. So
student praktikal tolong jagakan Haura. Sampai tertidurlah Haura lepas Aqis
settle tu. Terima kasih to both of students tu <3
Tahun ni Aqis dan keluarga ada urusan di luar Malaysia. Penerbangan kami
bulan Julai 2019. Jadi Aqis minta jasa baik untuk cepatkan sebab bimbang sakit
gigi berlarutan sewaktu berada di sana. Alhamdulillah, mungkin ada pesakit yang
batalkan appointment, jadi staf maklum Aqis boleh isi slot kosong tu. Sebagai
peringatan, kalian boleh lah bawa dokumen sokongan sekiranya ada tuntutan lain.
Bila tiba hari cabutan, berdebar jugak. Kena datang awal pagi. Parking
kat hospital tu masya Allah, ambil masa sampai setengah jam. Staf maklum,
prosedur Aqis tu akan dibuat dalam keadaan Aqis sedar. Dah daftar semua, Aqis pun
ready untuk cabut gigi.
Untuk makluman kalian, gigi geraham bongsu Aqis tumbuh senget ye. Tu
yang membuatkan sakiiiit sangat. Tak boleh gigit makanan lansung kat bahagian
tu walaupun roti. Dan sebab tu tak boleh cabut di klinik biasa (klinik
kerajaan).
Aqis buat time bulan Ramadan. Ingat nak puasa tapi staf tanya nak makan
ubat tahan sakit tak? Aqis pun ok lah. Makan. Sebab nak kurangkan sakit,
especially selepas selesai nanti. So tidaklah Aqis puasa pada hari tersebut.
Doktor suntik bius di area gusi yang nak cabut gigi tu. Termasuk lidah
tak silap Aqis. Lupa dah. Beberapa minit kemudian, bila dah kebas, doctor mulakan.
Apa yang Aqis tahu, sepanjang proses Aqis tutup mata tau. Taknak Aqis
tengok tools apa yang masuk dalam mulut. Nanti lagi seriau . Doktor tu buat
padu wei. Sekejap je tiba-tiba Aqis rasa cam benang ditarik, bersentuhan dengan
bibir Aqis. Buka mata sikit, tu dia doktor tengah jahit sis. Terus pejam mata
balik hehe.
Anyway, dengar macam seram tapi setiap step yang doctor buat tu tak
sakit pun. Sebab dah dibius kan.
Ingat dah siap ke? Haha. Doktor cabut sekali gigi geraham atas yang
bertentangan dengan gigi geraham senget tu. Sebab berlubang dah. So Aqis kata
cabut jelah sebelum melarat lagi. Yang ni doktor suntik bius juga.
Proses memang sekejap je. Doktor kata 2 jam selepas cabutan, akan rasa
sakit kesan bius dah hilang. Balik tu Aqis terus makan ais krim. Nak slowkan pendarahan.
Then sejam kemudian, Aqis makan ubat tahan sakit siap-siap. Alhamdulillah,
setelah 2 jam berlalu Aqis tak rasa sakit pun. Nak dijadikan cerita, Aqis tak
rasa sakit sepanjang proses baik pulih tu. Cuma rasa pelik sikitlah sebab gigi
dah takda kan. Rasa cam kosong je area tu hehe
Lega sangat sebab lepas ni in shaa Allah tak perlu dah tahan sakit
gigi. Takde lagi dah drama sedih, menangis. Aksi guling-guling atas katil sebab sakit. Moga
Allah pelihara kesihatan kami serta kita sekeluarga ya <3
Salam sayang,
Aqis.
No comments:
Post a Comment